5 cara mengatasi anak yang nakal

 

Waktu kanak-kanak membesar adalah masa yang paling indah. Mereka membesar dengan keinginan suka mencuba sesuatu yang baru. Tetapi jika silap langkah anak-anak menjadi nakal dan tidak mahu mendengar kata. Ini akan membuat ibu bapa menjadi stress.

cara-mengatasi-anak-nakal

Dalam mendidik anak-anak, ibu bapa perlu bidak untuk menangani anak-anak yang nakal supaya perbuatan mereka itu tidak meleret sehingga ia membentuk karekter yang negatif apabila mereka besar nanti.

 Kanak-kanak yang nakal boleh diatasi dengan melakukan 5 cara berikut:-

  1. Terapkan disiplin dalam diri anak-anak- Sistem jadual harian boleh membantu anak-anak berdisiplin dalam aktiviti harian mereka. Jika mereka biasa dengan sistem tersebut, mereka boleh terapkan dalam kehidupan mereka apabila umur mereka meningkat dewasa.
  2. Cakap serba bikin-Kadang-kadang kesilapan ibu bapa tidak mengotakan apa yang dikatakan. Sebagai contohnya, mereka mengatakan sesuatu itu salah, tetapi pada masa yang sama mereka sendiri yang melakukannya. Benda ini boleh mengurangkan rasa hormat atau respect daripada anak-anak sendiri. Lebih baik mereka ikut sahaja walaupun perkara tersebut dilarang.
  3. Menegur mengikut peringkat- Kaedah rotan kadang-kadang praktikal kepada anak-anak yang degil dan nakal. Tapi perlu ada kaedah merotan. Pada peringkat awal, ibu bapa perlu memberi kata dua kepada anak-anak tentang perlakuan mereka yang tidak betul. Kedua memberi peringatan. Jika anak-anak buat juga, anda boleh merotan mereka atas alasan telah dua kali memberi peringatan.
  4. Peluk dan cium anak. Berikan kasih sayang. Kasih sayang boleh mengubah perangai nakal anak-anak. Sentiasa peluk anak-anak dan cium mereka supaya hati mereka tersentuh dan tidak lagi melakukan perkara yang tidak betul.
  5. cari punca kenapa anak boleh bertindak nakal- Kadang-kadang keadaan sekeliling membentuk karekter seseorang anak itu. Cuba cari punca kenapa mereka bertindak nakal.

Comments

  1. jeremyRida@gmail.com' says

    Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge