5 perkara persediaan membawa bayi dalam kapal terbang

bayi dalam kapal terbang

Yeah! jom bercuti bersama anak-anak.Musim bercuti ini adalah musim yang menyeronokkan bagi anak-anak.Lagi seronok jika bercuti diluar negara.Menaiki kapal terbang adalah sesuatu pengalaman baru untuk anak-anak.

Tetapi , jika anda mempunyai anak yang masih lagi bayi, bagaimana keadaan dia didalam kapal terbang nanti? Untuk artikel ini kami kongsikan persedianyang perlu anda lakukan sebelum dan semasa di dalam kapal terbang berdasarkan pembacaan dan pengalaman kami sendiri.

Perkara yang perlu anda lakukan adalah:-

1.Persediaan sebelum masuk ke dalam pesawat.

Sediakan kelengkapan bayi anda.Anda boleh menggunakan backpack supaya memudahkan anda untuk sandang bag tersebut. Kelengkapan yang perlu ada adalah:-

  • Beberapa keping lampin pakai buang.
  • Tisu basah
  • Sehelai atau 2 helai pakaian jika dalam pesawat bayi anda muntah atau sebagainya.
  • Botol air. Dalam kapal terbang, anda boleh minta air panas daripada cabin crew. Jika penerbangan anda mengambil masa sekejap sahaja, anda boleh bancuh ¬†siap-siap susu didalam botol dan simpan botol tersebut dalam beg kecil.
  • Susu formula. Anda boleh bawa sedikit dan masukkan kedalam Tupperware kecil. Tidak perlu bawa tin sebab tidak muat dalam bag.
  • Bawa makanan seperti biskut jika anak anda sudah mula makan.

2.Bawa stroller-Apabila anda sudah sampai di destinasi percutian anda, anda pasti perlu bergerak ke tempat-tempat menarik disana. Oleh itu, stroller perlu digunakan untuk mengusung bayi anda dan ia boleh mengurangkan keletihan anda tanpa perlu mendukung setiap masa. Apabila anda sampai ke pesawat, anda tidak perlu membawa masuk stroller ke dalam kapal terbang. Anda akan diminta meninggalkan sahaja ditepi pesawat. Ada crew akan datang mengambil stroller tersebut.

3.Kenyangkan bayi anda sebelum masuk ke dalam kapal terbang. Perubahan ketinggian dan tekanan dalam pesawat, boleh mengakibatkan bayi tidak selesa pada telinga dan menangis. Apa yang perlu anda lakukan adalah beri makanan atau minuman sebelum masuk pesawat supaya didalam perjalanan nanti bayi anda tidur. Jika dia tidak dapat tidur, anda perlu sediakan susu jika baby anda mula tidak selesa.Beri dia minum untuk mengurangkan tekanan pada telinganya.

4. Letihkan bayi anda sebelum naik ke pesawat. Cara ini mudah untuk anak anda tidur didalam pesawat. Apabila si comel itu aktif di airport sebelum penerbangan, Insyaallah dia akan lena sepanjang.Bermain dengan bayi anda. Tujuannya adalah untuk menghilangkan rasa bosan mereka dan meletihkan mereka supaya dia boleh tidur. Pastikan ia tidak mengganggu orang sekeliling.

5.Basinnet Bayi. Jika perjalanan mengambil masa lebih daripada 3 jam, anda boleh request bassinnet bayi untuk bayi anda. Ini boleh mengelak anda daripada lenguh dan letih. Anda boleh tempah awal daripada syarikat penerbangan. Oleh kerana ia berada di seat hadapan, anda boleh tempah awal-awal seat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge