Akikah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa

Lembu untuk akikah

Sebagai orang Islam, kita kena buat akikah untuk anak yang dilahirkan. Ia sebagai tanda syukur kepada Allah diatas kelahiran orang baru dalam keluarga.

Pengertian Akikah:-

Yang dimaksudkan akikah adalah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Hukum akikah adalah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menyara anak tersebut. Bagi anak lelaki, di sunatkan menyembelih 2 ekor kambing manakala anak perempuan pula hanya seekor kambing. Untuk binatang seperti lembu dan unta, boleh dibahagikan kepada 7 bahagian. Daging binatang sembelihan tersebut dimasak manis dan dijamu kepada tetamu.

Program akikah di Kemboja,klik sini!

Waktu yang sesuai untuk dibuat akikah adalah pada hari ke 7 sehingga umur anak tersebut akil baligh. Syarat Akikah antaranya adalah perlu berniat Akikah semasa menyembelih.Binatang akikah perlulah sempurna (tiada kecatatan) dan cukup umur.

Hikmat daripada akikah

  • Sebagai tanda kesyukuran diatas kelahiran anak.
  • Untuk mengistiharkan kepada masyarakat diatas kurnian anak yang  lahir bagi mengelakkan syak wasangka.
  • Mewujudkan ikatan silatul rahim antara ahli keluarga dan anggota masyarakat.
  • Sebagai tanda permulaan kebaikan bagi anak.
  • Melahirkan perasaan rasa gembira dengan kehadiran zuriat yang menepati sunnah Rasullullah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge