cara-cara menghadapi suami bermasalah

cara mengatasi suami bermasalah

Memang sudah menjadi kebiasaan di dalam kehidupan rumah tangga pastinya kadang-kadang pasti akan bergolak .Itulah asam garam yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri.Sedangkan lidah lagi tergigit, inilah hubungan suami isteri Sebagai isteri, kita tidak boleh lari daripada masalah suami yang ego tidak bertempat dan kelakuan yang kadang-kadang menyakitkan hati.

Bercerita mengenai hal lelaki yang membuat perangai, pasti ada sahaja masalah yang timbul. Sebagai contohnya suami miang, suami malas, tidak sedar diuntung, suami berjawatan lebih rendah, suami lemah di ranjang, panas baran, tidak solat, kerap menipu, suka bermain kayu tiga, melebihi kawan-kawan daripada keluarga sendiri, tidak memberi nafkah yang mencukupi dan bermacam-macam lagi. Dan yang pasti, jika masalah-masalah ini jikalau tidak diurus dengan baik, nescaya kita boleh agak apakah akhirannya.

Sebagai seorang isteri, anda perlu tahu antara faktor-faktor yang menyebabkan kenapa suami anda berubah. Dahulunya baik sahaja, romantik, suka bergurau, lemah lembut percakapannya kini berubah kepada sebaliknya. Kenapa?

4 faktor-faktor yang menyebabkan kenapa suami anda berubah

1. Faktor sekeliling. Memang betul, keadaan sekeliling memberi pengaruh yang tidak sihat kepada lelaki.Kita  tidak dapat elakkan setiap orang berubah mengikut keadaan  sekelilingnya.Orang sekeliling seperti kawan-kawan, jiran-jiran dan juga diri pasangan. Kadang-kadang perubahan ini disebabkan dari perubahan diri pasangannya sendiri yang tanpa sedar sudah berubah. Sebagai isteri, anda perlu semak semua, apakah yang berlegar-legar di dalam fikiran suami anda. Apakah pandangan suami kepada isterinya. Perkara ini selalu tidak diambil peduli oleh pasangannya.

2.Faktor kerjaya- faktor kerjaya seperti contoh naik pangkat membuatkan seseorang itu berubah. Semakin tinggi jawatan, semakin banyak tugasan yang perlu dipikul. Jika dahulu, waktu kerja normal seperti biasa, kini waktunya mungkin semakin panjang. Banyak beban yang perlu dipikul sehingga si suami terbawa-bawa hal kerja ke rumah. Yang jadi mangsa adalah isteri dan anak-anak.

3. Faktor ekonomi dan social- Perubahan ekonomi dunia dan di Malaysia memberi kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Mengikut statistik dari pihak JAKIM sendiri ada melaporkan, kadar penceraian meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah- Sememangnya apa yang anda lihat itu adalah perangai sebenar suami anda. Semasa zaman bercinta, suami anda kelihatan romantik dan menyanyang sangat. Tapi selepas berkahwin, dia menunjukkan perangai lain iaitu perangai sebenarnya. Perangai sebelum berkahwin itu bukan sifat sebenar. Hanya selepas berkahwin, baru anda tahu sikap sebenar pasangan anda.

Cara-cara mengatasi suami yang bermasalah

1.Kembali kepada basic. Fitrah maknusia jika mempunyai masalah, kita perbaiki kembali hubungan kita dengan Tuhan. Banyakkan solat dan sentiasa berdoa supaya suami berubah.

2. Jaga komunikasi dengan suami. Jangan ucapkan perkara yang menyakitkan hati dengan pasangan. Cuba ubah perkataan yang negetif dan tukar kepada perkataan yang positif. Secara tidak langsung, ia boleh mengelakkan membangkitkan perselisihan faham dengan suami.

3.  Dapatkan ebook suami unggul-Panduan mengatasi masalah suami. Panduan ini membantu anda memberi idea untuk menundukkan ego suami anda supaya rumah tangga anda kekal bahagia. Memang benar jodoh ditangan Tuhan namun sebagai manusia kita perlu berusaha untuk mengelakkan perkara cerai berai berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge