Perkembangan bayi 1 bulan

perkembangan bayi 1 bulan

Alhamdulillah, kita bertemu lagi untuk post seterusnya mengenai perkembangan bayi. Untuk kali ini kita berbicara mengenai perkembangan bayi 1 bulan. Pada usia ini, bayi anda semakin kuat terutamanya pada bahagian otot dan leher bayi yang semakin keras dan kuat. Si comel anda sudah pandai menegakkan kepalanya dalam jangka waktu singkat. Dia sudah boleh mengangkat sedikit kepala jika dia berada di dalam keadaan baring.Bayi anda juga sudah pandai

Pada waktu ini, bayi anda masih lagi belum mengenali bahagian tubuhnya seperti tangan. Anda boleh merangsang bayi anda dengan mengangkat sedikit tangan tinggi diatas. Anda boleh melakukan urutan dan senaman supaya badan bayi anda semakin kuat dan sihat.

Kebolehan bayi pada umur 1 bulan ini adalah sudah boleh menoleh sedikit ke arah kanan dan kiri.Tetapi matanya masih lagi kabur. Seperti biasa tangisan menjadi cara komunikasi berkesan untuk meminta sesuatu seperti lapar susu, berak atau ingin tidur. Anda boleh mengagak jenis-jenis tangisan tersebut.

Bayi anda sudah boleh mengeluarkan bunyi seperti bunyi berdeguk, berdengus, berlagu dan bunyi-bunyi manja. Bunyi ini adalah tanda luahan perasaannya. Anda boleh membuat bunyi-bunyian dan berbual manja dengan sicomel anda. Ada juga bayi yang boleh ketawa berdekah-dekah pada usia seawal ini.

Pada penghujung bulan, bayi anda mungkin sudah boleh mengecam muka anda dan suara anda. Bayi anda sudah boleh berhenti menangis bila melihat anda dan sudah mula senyum apabila melihat muka ibu bapa mereka.

Teruskan menyusuan ibu untuk memastikan bayi anda sentiasa mendapat susu yang cukup, pastikan ianya tidur dengan cukup. Bedung anak anda supaya dia dapat tidur yang selesa. Pastikan anak anda tidak mengangis pada jangka waktu yang lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge