Perkembangan Bayi 2 bulan

perkembangan bayi 2 bulan

Bayi anda semakin membesar. Kini sudah memasuki ke bulan ke 2. Pada post ini kita akan lihat apakah perkembangan bayi 2 bulan selepas kelahiran.

Taniah kini anda sudah memasuki bulan ke 2. Sebagai ibu bapa anda perlu mengetahui perkembangan anak anda supaya memudahkan anda untuk menjaga dan tahu apakah perubahan yang berlaku kepada bayi anda. Jika ada perubahan yang pelik berlaku, anda boleh merujuk kepada pakar seperti doctor untuk memasti anak anda sentiasa sihat.

Pada usia bayi menjangkau 2 bulan, anda sedikit lega kerana bayi anda sudah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tiada lagi tangisan yang kerap. Bayi anda sudah mula senyum-senyum sendirian atau apabila melihat anda. Ini melegakan anda setelah bertungkus-lumus menukar lampin, memberi minum susu dan sebagainya.

Badan bayi sudah semakin keras, berat badan bertambah dan semakin membesar. Pastikan anak anda berada di dalam graf berat yang ditetapkan. Apabila anda mendukung bayi anda, kepala sudah tegak dan tidak bergoyang-goyang. Anda tidak perlu lagi menampung belakang kepala. Namun ia bergantung kepada bayi anda. Ada juga yang masih belum keras sepenuhnya. Berhati-hatilah ketika mendukung bayi anda.

Pada usia 2 bulan, bayi anda sudah mudah tertarik kepada objek-objek. anda boleh memberi objek lembut seperti bola lembut untuk bayi anda belajar mengengam tangan. Anda boleh hulurkan jari anda untuk dipegang oleh bayi anda dan bermain dengan mereka melalui bunyi-bunyian.

Jumlah tidur bayi anda sudah berubah. Dalam sehari, bayi anda akan tidur sebanyak 2 hingga 4 kali. Waktu berjaga dan waktu tidur panjang. Namun anda bernasib baik jika bayi anda tidur secara normal seperti anda. Cuma kadang-kadang bayi anda akan bangun tengah malam kerana lapar dan inginkan susu.

Bayi adalah unik. Oleh itu, setiap perkembangan mereka berbeza-beza. Anda harus tahu keperluan bayi anda supaya memudahkan anda menjaga bayi tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge