Perkembangan Bayi 3 bulan

Dalam post ini kita akan mengetahui perkembangan pada usia 3 bulan. Pada usia ini, bayi anda sudah boleh mengangkat kepalanya dalam keadaan baring selama beberapa minit. Jika diampu secara duduk, kepala bayi sudah tegak dan lurus.Jika meniarap, bayi anda sudah boleh mengangkat kepala dan dada seolah-oleh melakukan tekan tubi.

perkembangan bayi 3 bulan

Tangan bayi anda sudah boleh bergerak-gerak seperti memukul. Oleh itu anda boleh berikan kepada anak anda mainan yang digantung yang boleh bayi anda memukul permainan tersebut. Galakkan anak anda mengambil barang apabila anda memberi kepadanya sesuatu. Latihan ini menggalakkan perkembangan gerakan bayi anda.

Pada ketika usia ini, anak anda sudah boleh mengikut rutin harian anda. Anak anda boleh tidur seperti biasa. Ini akan melegakan anda. Kekerapan bangun lewat malam tidak lagi mengganggu anda.Anak anda akan tidur seperti biasa namun kadang-kadang ada juga yang bangun lewat malam untuk mendapatkan susu. Jangan risau kerana ianya normal.

Anda sudah boleh berinteraksi dengan bayi anda. Berbual dan bergurau dengan bayi anda.Pada tahap ini, sistem perkembangan anak anda boleh menerima bahasa lisan yang dipertuturkan. Oleh itu, bayi anda akan menyerap apa yang anda tuturkan. Anda boleh bercakap dengan bayi anda dan memperkenalkan kepada bayi nama-nama objek. Jika anda keluar, beritahu dia objek-objek yang ada disekeliling. Dekatkkan objek tersebut dengan bayi anda. Berikan mereka sentuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge