Perkembangan Bayi 4 bulan

perkembangan bayi 4 bulan

Alhamdulillah, kita bertemu lagi. Untuk post kali ini kami akan kongsikan perkembangan bayi 4 bulan. Sememangnya mengikuti perkembangan bayi adalah sesuatu yang indah. Setiap tingkah laku bayi anda akan membuat anda berasa gembira sangat-sangat. Lebih-lebih lagi jika anak anda membesar dengan sihat dan ceria. Anda pasti akan ingat moment tersebut sampai bila-bila.

Perkembangan bayi pada peringkat 4 bulan, anda akan dapati anak anda akan mula makan tidak lagi secara kerap. Namun, anda perlu siap sedia dengan tangisan ketika ia lapar. Jangan lambat beri susu kepada bayi anda.Walaupun si comel anda kurang makan, berat badan bayi anda akan bertambah.

pada umur bayi menjejaki umur 4 bulan, pergerakan fizikal akan bertambah. Kini anda boleh lihat bayi anda sudah mula menunjukkan bakatnya untuk berpusing meniarap dan bertelentang. Anda pasti seronok melihat telatah bayi anda. Selain itu, bayi  anda boleh mengangkat bahu dan kepala ke atas sedikit.

Anda boleh menggalakkan pergerakan anak anda dengan permainan. Anda boleh gunakan soft toy ( permainan yang  lembut) dan dekatkan kepada bayi anda. Galakkan bayi anda mengambil permainan tersebut. Dia akan mencuba sedaya mengambil walaupun pergerakannya terhad. Berikan tepukan dan senyuman apabila bayi anda melakukan perkara tersebut.Anda juga akan dapati anak anda mula memasukkan objek ke dalam mulutnya.

Setiap objek yang diambil akan dilihat dan dimasukkan ke dalam mulut. Anda boleh berexperimentasi dengan pelbagai objek dan lihat reaksinya. Kemungkinan ada bayi mula tumbuh gigi. Namun kelazimannya adalah gigi bayi jarang akan mula tumbuh sebelum usia 5 atau 6 bulan.

Selain itu, anda akan dapati bayi anda sudah mula memberi respon kepada sekelilingnya. Dia mungkin sudah mengenali ibu dan ayahnya. Namun kadang-kadang dia mungkin tidak selesa dengan orang lain yang tidak rapat dengannya. Bayi anda akan menolak atau mengambil masa untuk mengenali. Dia akan mula selesa selepas dia mengenali seseorang.Apa yang pasti dia akan memilih.

NOTA: Bayi anda adalah unik. Setiap anak mengalami perkembangan yang berbeza. Oleh itu, perkembangan bayi anak tidak sama dengan bayi yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge