Perkembangan bayi baru lahir

Perkembangan bayi baru lahir Taniah, bayi anda sudah dilahirkan ke dunia. Ini merupakan saat yang paling bahagia untuk para ibu yang baru melahirkan anak. Kami pernah merasainya. Seluruh keluarga berasa amat gembira.

beberapa perkara mengenai Perkembangan bayi pada awal kelahiran yang perlu anda tahu. Disini kami akan terangkan secara ringkas untuk memudahkan kefahaman anda.

Bentuk fizikal bayi

Jika anda lihat fizikal bayi, ianya sedikit merekot dengan tangan dan kaki sedikit bengkok. Anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal. Keadaan kembali normal apabila ia berenggang dan berkembang sehingga ia berumur 5 hingga 6 bulan.

Tangisan bayi tanda ia ingin memberi isyarat komunikasi.

Bayi anda tidak boleh bercakap. Cara mereka menyampaikan message adalah melalui tangisan mereka. Anda perlu tahu jenis-jenis tangisan bayi anda supaya anda tahu apa yang bayi anda perlukan. Perkara utama adalah anda perlu periksa lampin sama ada bayi anda kencing atau berak. Mungkin dia tidak selesa dengan keadaan tersebut. Kedua, anda cuba berikan susu mungkin kerana lapar.

Sentuhan adalah penting untuk merangsang bayi anda bergerak. Bayi anda suka dibelai, dicium,dipeluk,diusah dan sebagainya. Lakukan dengan keadaan selesa dan tenag supaya bayi dapat merasai rangsangan tersebut.

Jarak penglihatan bayi adalah terhad dan samar-samar. Anggaran jarak adalah lebih kurang 30cm.  Oleh itu, dia hanya boleh melihat pada penglihatan yang dekat sahaja.

Selain itu, bayi kerap tidur dan selalunya ia waktu tidur bayi pada peringkat ini adalah 16jam hingga 17jam.Ia tidak semestinya tidur secara berterusan tapi ia meliputi tidur yang kerap sebanyak lebih kurang lapan kali dalam tempoh tersebut.

Anda tidak perlu risau tentang bayi anda kerana setiap bayi adalah unik dan perkembangan mereka mengikut bayi  itu sendiri.

Adalah penting kepada ibu bapa untuk belajar secepat mungkin mengenai keadaan dan keperluan bayi anda. Kuatkan mental dan kawal emosi anda ketika anda berpantang. Ini boleh membantu anda menjaga bayi anda dengan baik.

Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu semasa perkembangan bayi yang baru lahir:-

  1. Perlu ada ilmu tentang penjagaan bayi. Ketahui keperluan dan perubahan fizikal bayi supaya memudahkan anda untuk menjaga bayi tersebut.
  2. Jika anda berpantang dengan famili anda, perhatikan cara ibu bapa anda menjaga anak,bertanya kepada mereka tentang ilmu penjagaan anak dan lain-lain lagi.Ini cara mudah dan pantas untuk anda mengetahui selok belok mengenai penjagaan bayi anda.
  3. Jika anda ingin anak anda cerdas dan pintar, anda boleh dapatkan ebook >>> Anak Pintar Cerdas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge