Perkembangan bayi yang baru lahir

Pada post ini, kami ingin berkongsi dengan anda perkembangan bayi dari mula kelahiran sehingga ke bulan seterusnya. Insyaallah kami akan kongsikan perkembangan bayi bagi setiap bulan.

perkembangan bayi yang baru lahir

Perkembangan ini melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku dan lain-lain lagi. Sebagai seorang ibu atau bapa, anda perlu mengambil berat tentang perkembangan bayi anda supaya perkembangan mereka mengikut kelaziman.Ini boleh memberikan kepada anda pendedahan atau persedian yang patut anda lakukan untuk bulan-bulan seterusnya. Namun anda tidak perlu risau jika ada yang lambat atau ada yang cepat. Ini kerana setiap bayi itu adalah unik.

Ianya sesuatu yang menyeronokkan mengalami sendiri dan melihat sendiri perkembangan bayi anda dari hari ke hari. Sekarang, jom kita lihat apakah perkembangan bayi  yang baru lahir.

Jika anda lihat, struktur badan seperti tangan dan kaki masih lagi melengkong. Ianya kelihatan seperti merekot kerana bayi baru sahaja keluar daripada perut ibu. Ianya normal dan akan kembali lurus selepas mengambil masa dalam 5 hingga 6 bulan.Berhati-hati ketika memegang atau mendukung bayi. Pastikan tangan anda menampung kepala bayi kerana pada tahap ini ianya masih lembut lagi.

Bayi yang baru lahir masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.Kebanyakkan bayi selesa dan suka apabila di bedung. Anda perlu pastikan bedung dengan kemas dan selamat untuk keselesaan bayi.

Pada penghujung bulan, anda akan dapati kepala bayi sudah kuat dan mampu mengangkat sedikit kepala.Mungkin juga boleh memusing sedikit ke kanan dan ke kiri.

Selain itu, anda akan lihat bayi anda akan kerap tidur. Bayi yang baru lahir selalunya akan tidur selama 16- 17 jam dalam tempoh 24 jam. Tetapi jumlah sekali tidur tidaklah terlalu lama. Disebabkan itu, bayi anda akan sentiasa lapar. Selalunya bayi anda perlu diberi susu dalam tempoh 2-3 jam sekali.Pastikan anda bersedia dan tahu bila bayi anda inginkan susu anda. Biasanya tangisan merupakan alat komunikasi untuk memberitahu dia sedang lapar, mengantuk atau berak.

Bayi yang baru lahir perlukan sentuhan anda. Ia suka dipeluk, dicium, dibelai,diusap di dukung dan diurut. Oleh itu, anda perlu melakukannya supaya bayi anda memberi respon baik untuk perkembangan mereka.

Insyaallah kita akan bersambung lagi untuk perkembangan  bayi untuk 1 bulan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge